Saya muncul kembali.

Ada banyak benda yang aku tak post kat sini simply sebab aku terlalu malas dan procrastinator tegar. Aku bernekad akan publish a lengthy post pasal my working experience, me as a matriculation kid for 3 weeks before I got accepted into UiTM, Kuantan, Dengkil, my asasi year tapi tu semua hanya mampu jadi angan-angan jelah. Penat jugak jadi procrastinator ni tapi benda negative tu dah jadi habit la beb.

Well, well, well. I have my reason why out of nowhere tetiba aku nak update blog aku ni. Dah ni blog aku suka hati aku la nak muncul bila. Ada rasa nak update so aku update la. Rasa tu sentiasa ada cuma initiative je macam samar-samar sikit nak nampak.

So, baru-baru ni telah kecoh di kalangan circle circle aku and my housemates (excuse my kerekness) yang aku dengan some of my housemates (Abby, Maria and Nad excluding Neena and Alisha. Half sad.), buat housemate trip to Seoul, South Korea! Ha megah gitu bunyinya. Alhamdulillah aku ditakdirkan dapat duduk sebumbung, serumah dan kadang kala sebilik dengan mereka since Day 1 in Kuantan until the end of the foundation program. Dorang cool kot and I don't think that I will find people who are better than them (as a housemate la). We, the dak dak asasi Law Kuantan (same goes to the Tesl Kuantan or maybe the other asasi students) memang ada strong bond dengan housemates like housemates first, classmates later but we still good with our classmates. Yang membuatkan circle kitorang jadi besar is bila kitorang ada group work or ber-partner with our classmates and then pergi rumah dorang, dorang akan ada housemate yang memang member dengan housemate kitorang or rapat dalam kelas dengan housemate kitorang and something close like that la. Harap faham lah ayat aku serupa tahi itu. I'm bad at explaining sorry.

Atas permintaan segelintir manusia, aku rasa nak update pasal trip aku dengan my housemates kat Seoul selama 7 hari kitorang kat negara sijuk itu. Trigger warning: it depends on my kerajinan jugak so maafla ye. Rasa macam buat novel or buku yang berjudul Budget Rendah ke Korea Annyeong Haseyo *gambar Korean flag*. Typical kan? lel no for the whole trip aku memang blur sikit and just ikut dorang je sebab aku tak berapa mahir bab-bab travelling ni and dudee baca map tu. Baca map is like the pain in the ass so aku tarik diri daripada menjadi the map reader and it was not me who led the trip.

Kudos to the girls sebab berjaya handling the trip without any agency, by their own and made this sweet thing happened! Additional credit for Sarah and Haiqal sebab ajar kitorang cara-cara nak guna and naik train and konon macam supervisor jugak la and also for recommending the best places to visit (siap dengan cara-cara lagi). At the age of 19 (barely 19), kitorang berjaya melancong independently. Aku still feeling feeling emotional sikit sebab trip ni.

Ok will be publishing about the trip in my next post so Salam!